Thursday, 27 February 2020

Yang Tidak Ku Duga


Yang tidak ku duga perkara itu akhirnya hadir dalam hidupku tanpa aku ketahui. Semua itu berlaku dengan sungguh pantas tetapi aku cuba untuk bertahan dengan semangat dan azam yang aku ada selama ini. Andai aku berkata lagi, ianya tetap takkan mampu mengubah hidup aku. Semua yang orang lain percaya, aku tak pernah mengambil berat tentang itu dan hanya memandang ringan bagai pasir yang dilanda ombak malam. Percaya atau tidak, seandainya aku dapat putar kembali hidupku ini, mungkin aku sudah tidak dapat peluang yang aku ada sekarang ini. Entah mengapa aku hairan dan seperti tertanya-tanya "betul ke pilihan yang aku buat? Boleh ke aku hadap semuanya sehingga tamat pengajian degree aku?" Tetapi aku percaya bahawa tiada yang mustahil seandainya kita tidak mencuba.


Hari demi hari aku menunggu saat itu. Aku tak pernah terfikir.. bahawa andainya tiada rezeki untuk kuteruskan hidupku.. Ke mana aku mahu melangkah? Kerja? Jauh sekali sebab penat dan bukan masanya lagi untuk ke arah itu. Tetapi untuk sementara waktu, aku sanggup kerana ianya hanyalah sekejap sahaja. Masa aku terluang dan kadang-kala aku tak sabar untuk terus belajar dan memang minat untuk belajar lebih dari segalanya. Aku bukanlah seperti orang lain yang menjadi tumpuan orang ramai setiap kali “result exam” keluar. Namun, aku berpegang pada pendirian aku bahawa aku juga akan berjaya juga seperti orang lain.


Waktu yang diimpikan selama ini akhirnya membuatku tersenyum sendirian dan tak semena-mena air mataku mengalir perlahan. Syukur sangat kerana aku dapat juga menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Selangkah yang pergi akan mematangkan hidupku walaupun ianya penuh dengan kesangsian dan hati yang tidak pasti dari hari ke hari. Walaupun aku terpisah jauh dari keluarga, ianya tidak sesekali memudarkan semangat aku untuk terus belajar di negeri orang. Hanya Dia yang menjadi peneman dan sebagai tempat aku mengadu dan meluahkan segalanya apa yang kurasa selama ini. Manusia takkan selalu ada dengan kita dan takkan pernah faham tentang diri kita. Diri aku... Hanya Allah yang tahu. Senyuman yang terukir tak semestinya seseorang itu tiada masalah. Kerana, DENGAN ADANYA SENYUMAN ITU, DAPAT MEMBUAT DIRIKU BAHAGIA.


Segala yang terjadi dalam hidupku, aku takkan benarkan sesiapa pun faham dan tahu. Aku.. hanyalah manusia biasa yang inginkan kejayaan untuk ku hadiahkan kepada ibu dan ayahku. Kisah hidupku yang sekarang tak ku sangka bahawa akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke universiti. Walaupun bidang yang ku pilih ini tidak pernah terlintas dalam fikiranku selama ini, namun aku cuba untuk menyesuaikan diriku ke alam yang baharu di dunia baharu. Aku suka benda baharu dan aku yakin apa yang aku pilih ini bukanlah salah. Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian. Yang membezakan kita antara satu sama lain adalah sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalani lumrah hidup. Manusia datang dari pelbagai latar belakang yang penuh degan kejutan. Aku selalu berpegang pada pesanan ini “hargailah sesiapapun yang hadir dalam hidup kita kerana kita tak tahu bila dia akan pergi. Ikhlaskan diri dalam kenal seseorang itu.” Kebahagiaan yang tercipta takkan hadir tanpa ada keizinan dari Tuhan. Bagaimana permulaan dan itulah bermulanya langkah aku menjadi lebih jauh. Terima kasih untuk segalanya.